Wednesday, May 15, 2013
Wednesday, May 8, 2013
Rakyat ditindas lagi GST dan Caj tambahan eletrik
Alhamdulillah..Terima Kasih Kerajaan BN atas pengumuman ini..!!
Monday, May 6, 2013
PAS Layak Dilantik MB Selangor. Siapa?
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
ALHAMDULILLAH selesai sudah PRU 13. PAKATAN (PR) terus mempertahankan negeri-negeri yang dikuasainya, iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) majoriti 2/3.
- Selangor - Pakatan 44, BN 12
- Pulau Pinang - Pakatan 30, BN 10
- Kelantan - Pakatan 33, BN 12
PR terdiri dari:
- PAS 15,
- DAP 15,
- PKR 14.
Kalau ya, Siapa?
INFO GRAFIK : Keputusannya PRU13
Inilah Keputusannya PRU13
| NEGERI | JUMLAH KERUSI | BN | PAS | PKR | DAP | JUMLAH | |||||
| CLN | MTB | CLN | MTB | CLN | MTB | CLN | MTB | ||||
PERLIS
| 3 | 3 | 3 | ||||||||
KEDAH
| 15 | 9 | 1 | 2 | 12 | ||||||
KELANTAN
| 14 | 5 | 5 | 10 | |||||||
TERENGGANU
| 8 | 4 | 2 | 6 | |||||||
PULAU PINANG
| 13 | 3 | 2 | 7 | 12 | ||||||
PERAK
| 24 | 12 | 2 | 2 | 7 | 23 | |||||
PAHANG
| 14 | 10 | 1 | 2 | 13 | ||||||
SELANGOR
| 22 | 3 | 2 | 2 | 2 | 9 | |||||
W.P. KUALA LUMPUR
| 11 | 2 | 3 | 5 | 10 | ||||||
W.P. PUTRAJAYA
| 1 | 1 | 1 | ||||||||
NEGERI SEMBILAN
| 8 | 5 | 1 | 6 | |||||||
MELAKA
| 6 | 3 | 1 | 4 | |||||||
JOHOR
| 26 | 15 | 1 | 1 | 17 | ||||||
W.P. LABUAN
| 1 | 1 | 1 | ||||||||
SABAH
| 25 | 13 | 1 | 2 | 16 | ||||||
SARAWAK
| 31 | 25 | 1 | 5 | 31 | ||||||
| JUMLAH | 222 | 112 | 12 | 18 | 28 | 170 | |||||
Alkisah Black Out dan Peti Undi
PERAK, KEDAH, PERLIS DAN TERENGGANU TEWAS SELEPAS KIRAAN SEMULA DENGAN PENINGKATAN JUMLAH KERUSI YANG DIMENANGI KEPADA BN SETELAH KIRAAN AWAL PAKATAN MENANG DI KERUSI TERSEBUT
Alkisah Black Out dan Peti Undi :
Pada awalnya, untuk Putrajaya, Husam kalah. Namun tidak disengajakan, 3 peti berjaya ditemui yang telah disorok pada awalnya. Maka rayuan berlaku, dan diterima pengiraan semula.
Lalu muncul lah istilah, "PR boleh jumpa peti balik, kira balik, kenapa BN tak boleh pula? Tak adil lah begini!"
Ok, kita adil, kita terima semua. Lalu bermulalah kisah blackout dan keajaiban peti undi muncul kembali. Di merata-rata tempat berlaku kisah sama. Menarik. Adakah satu kebetulan, atau ianya menjadi 'mainstream' ?
Mudah sahaja jalan ceritanya : teori mudah...
PR menang -> Blackout -> Peti baru muncul -> BN menang ???
PILIHAN PALING KOTOR DLM SEJARAH MALAYSIA ~
PRU 13 PR MENANG SEBENARNYA
Saudara-saudari semua, hakikatnya kedudukan Pakatan Rakyat semakin kukuh dengan rumusan berikut:
+ Pertambahan 7 Kerusi Parlimen.
+ Pertambahan 71 Kerusi DUN.
+ Undi Popular berpihak kpd PR yg pertama kali dalam sejarah!
+ Peratus keluar mengundi tertinggi dlm sejarah Malaysia, iaitu sbnyk 80%-82%.
+ Rakyat Malaysia semakin celik politik dan tidak mudah diperbodohkan.
+ Pengundi muda adalah harapan perubahan di masa hadapan. TERUTAMA kpd anak2 yg lahir tahun 1996 dan ke atas. Anda semua adalah GENERASI PEMENANG utk PRU14 akan datang!
Terus bersama2 saya utk bekerja lebih keras. Bukan shj utk kemenangan PRU 14 yg akan datang tetapi yg LEBIH PENTING adalah utk membina masa hadapan yang lebih baik bagi zuriat kita semua.
Saari Sungib Official
BONGKAR!!!! VIDEO PARTI RASUAH TERSEBAR
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.
Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini.
Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.
Allah telah berfirman dalam al-Quran:
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقاً مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Surah Al Baqarah, Ayat 188
And eat not up your property among yourselves in vanity , nor seek by it to gain the hearing of the judges that ye may knowingly devour a portion of the property of others wrongfully .
你们不要借诈术而侵蚀别人的财产,不要以别人的财产贿赂官吏,以便你们明知故犯地借罪行而侵蚀别人的一部分财产。§
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz2SVbQr300
Makna disebalik keputusan PRU 13
(Carta keputusan pilihan raya 2004 - 2013....peluang besar di PRU -14)
KEPUTUSAN akhirnya
BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula
mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima
tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1)
Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor,
Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12
2)
MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008),
sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal
Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang
Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5)
Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah
menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding
49% (1% lain-lain).
6)
4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri
Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.
Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah,
Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7)
Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya
- satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya
umum ke-13 (PRU13).
Selain
tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi
parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di
kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah
(Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9)
Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang
ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka
ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk
Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan
majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen
Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd
Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri
(DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk
Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong
dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan
yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas
di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru
dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12)
Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari
PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh
Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid
Samad di Shah Alam.
13)
Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan
peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang
di kerusi tersebut.
Harakahdaily/-
Us Ahmad Yaakob dilantik MB baru Kelantan
Ahmad Yaakob angkat sumpah MB baru Kelantan
|
ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990.
Desas-desus mengenai pelantikan Ahmad sebagai menteri besar baru tersebar luas dan menjadi perhatian utama masyarakat di negeri itu.
Sementara itu, satu laporan The Star Online menyebut timbalan pesuruhjaya PAS II Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah akan dilantik menjadi timbalan menteri besar.
Laporan itu menyebut, Nik Mohd Amar mengesahkan keputusan itu dibuat secara konsensus oleh kepimpinan PAS Kelantan malam tadi
Anwar mahu selesai isu penipuan pilihanraya #ge13
Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu
|
Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.
"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.
"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.
Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini.
"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.
"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.
Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.
mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.
"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.
Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.
Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.
"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.
"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.
"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi.
Bersih tangguh iktiraf keputusan PRU13 disebabkan penipuan #ge13
Tangguh Iktiraf Keputusan PRU13: Apa Kesannya?
Samalah dengan tidak meniktiraf Samseng Purba yang merompak dan melarikan bini orang
Bagi mereka tidak memberikan makna apa-apa
Sebab sudah memangnya mereka begitu.
Agama, maruah dan integriti sudah lama mereka humbankan kelongkang!
Taraf mereka sama saja dengan Parpukari dan Papagomo walau pun kononnya mereka beragama Islam
Nak bawa ke Mahkamah juga membuang masa
Mahkmah mereka punya, Polis mereka punya, Tentera juga mereka yang punya...
OLEH EMILY DING
MAY 06, 2013
PETALING
JAYA, 6 Mei — Pemantau pilihan raya Bersih mengatakan mereka
menangguhkan untuk mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam
pilihan raya umum 13, sehingga mereka mengesahkan semua laporan
berkenaan penipuan pilihan raya.
Pengerusi
Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan kumpulan tersebut
menerima laporan mengenai penipuan pilihan raya, undi hantu dan pelbagai
kesalahan semasa proses mengundi dan pengiraan undi dari pemantau
pilihan raya di bawah.
“Bersih
menangguhkan pengiktirafan kerajaan yang akan ditubuhkan sehingga
mempunyai masa untuk mengkaji laporan yang diterima,” kata Ambiga dalam
satu sidang akhbar di sini.
"Sejauh mana laporan ini telah membawa kita untuk mempersoalkan beberapa keputusan dalam pilihan raya umum 2013."
HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT : Tolak keputusan PRU Sarat keraguan & penipuan
HIMPUNAN
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
JAM 8:00 MALAM
STADIUM KELANA JAYA
RABU 8/5/13
Sarat keraguan & penipuan, Pakatan Rakyat tolak keputusan PRU
KUALA LUMPUR 5 MEI: Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU 13 selagi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberi penjelasan terhadap
pelbagai keraguan yang berlaku sepanjang tempoh pengundian.
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, pelbagai penipuan dikesan
sepanjang hari pengundian, antaranya kewujudan warga asing sebagai
pengundi dan dakwat kekal yang tidak kekal.
“Jumlah undi awal dan undi pos (kepada Pakatan) juga tidak konsisten
dengan trend pengundian semasa,” katanya pada sidang media tengah malam
tadi..
Beliau berkata, Pakatan sejak dari awal berterusan menyuarakan perkara ini, namun SPR tidak mengendahkannya.
“Kita secara konsisten menegur tentang perkara ini…(tetapi) SPR bersikap tidak mengambil endah.
“(Justeru) SPR perlu memberi jawapan mengapa penipuan sebegini berlaku dan dibiarkan,” katanya.
“SPR sudah menggagalkan negara ini (EC has failed the country),” katanya lagi.
Turut hadir, antaranya Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan
Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

POST MORTEM 1 : Penipuan Di Hari Pengundian.
SPR main tipu.
BLACKOUT. Kejap PR menang kejap PR kalah.
Dakwat yang sepatutnya kekal, tidak kekal.
Tangkapan warga asing yang pergi mengundi. Bangla yang ada IC dikesan di beberapa lokasi.
Saya tak boleh mengundi kerana dah ada orang mengundi atas nama saya.
Tindakan kita.
1. Semua penipuan yang berjaya dikesan, kumpulkan.
2. Ini perlu sebab nak membawa kes ini kepada jawatankuasa BERSIH.
3. Sila salurkan semua maklumat berkaitan penipuan disini ==> https://www.facebook.com/AduanRakyatPru13?ref=hl
4. Itu di pihak pengundi. Kita akan usaha untuk salurkan semua masalah berbangkit kepada pihak BERSIH.
5. Isu dakwat kekal pula kita harus bersatu menekan SPR untuk memberikan penjelasan.
6. Fahami terlebih dahulu fungsi dakwat kekal ;
- Mengelakkan pengundian dua kali.
- Sebab itu ia harus boleh melekat di jari, sekurang2nya 5 hari kerana pengundian awal berlaku 5 hari sebelum pengundian sebenar. Melainkan SPR menetapkan pengundian awal ialah 2 hari sebelum pengundian sebenar, kalau macam tue dakwat kekal tahan 3 hari pun takde masalah.
7. Namun dakwat kekal tidak berfungsi sepertimana yang diperkatakan oleh SPR.
8. SPR perlu menyiasat perkara ini dengan teliti kerana wang rakyat digunakan untuk membeli dakwat kekal. Tidak kah SPR terfikir bahawa kemungkinan sesetengah dakwat kekal itu telah rosak? Mungkin kesalahan dari pihak pembekal? Kenapa perlu self defense sangat beranggapan seolah2 semua orang menyalahkan anda sehingga anda menjalankan siasatan rasmi? Mulut2 masyarakat bukan fakta, itu sentimen, emosi, rilex sudah la.
9. Sepatutnya SPR jalankan siasatan terperinci dengan bekerjasama dengan BERSIH menyiasat kelemahan dakwat kekal yang tidak BERFUNGSI sepertimana yang diperanankan ke atasnya. Ingat, jika SPR rasa teraniaya kerana ditipu pembekal, SPR patut tuntut gantirugi.
10. SPR harus juga mengkaji kemungkinan besar kerosakkan itu berpunca dari kecuaian kakitangan SPR. Ini kerana ada dakwat kekal yang memang kekal, dan berfungsi sepertimana yang diperanankan ke atasnya, tetapi ada pula yang tidak. Ini semua kena amek kira.
11. SPR juga harus memberikan penjelasan lanjut mengenai kemasukkan kotak2 pengundi di saat2 akhir. Juga blackout di beberapa tempat secara tiba2.
12. Jadi disini pihak wakil pakatan rakyat yang mengalami masalah2 berbangkit di kawasan pengiraan undi haruslah mengumpulkan semua bukti2 berkaitan dan bawa kes ini ke mahkamah. Kena buat begitu. Jangan diamkan penipuan, kita harus bersedia melawan kezaliman at all cost.
13. Bagi kes yang melibatkan pengundi warga asing, kepada skuad2 yang menangkap mereka dicadangkan agar report polis dan desak satu siasatan khas dijalankan secara menyeluruh. Ini benda yang kita nampak, bagaimana pula dengan benda yang kita tidak nampak? Terlepas pandang? Kita tatau, sebab tue kena desak siasatan hingga ke akhirnya.
14. Ada kemungkinan jika kita lawan betul2, kita akan dapat merampas beberapa kerusi parlimen dan dun yang mana dikatakan kita kalah kerana ada proses penipuan wujud di situ.
15. So keputusan PRU ini mungkin ada perubahan jika kita usaha betul2 dengan melawan penipuan2 yang berbangkit.
16. Kita tak kata semua tempat ada berlakunya penipuan. Kita kata hanya di tempat2 tertentu dipercayai berlakunya penipuan. Seperti kotak undi yang di bawa masuk pada saat2 akhir, blackout secara tiba2 dan pemerhati yang di halang dari melakukan kerja2 pemantauan. Begitu juga dengan kertas undi yang ditanda dengan PENSIL. So di semua tempat yang berlakunya kes2 seperti ini, kita minta siasatan dijalankan.
17. Terlupa plak aku satu point penting. PR kena kira undi yang wujud. Maksudnya kat sini ;
Kawasan A dan B bertanding = jumlah pengundi berdaftar = jumlah pengundi yang keluar mengundi.
Jumlah kiraan undi A
Jumlah kiraan undi B
Mesti tally dengan jumlah pengundi yang keluar mengundi.
Di tempat yang undi rosak TINGGI kena jalankan siasatan lanjut kenapa undi ROSAK lebih tinggi dari undi majoriti.
Oke bai.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2SVSvBeN2
Subscribe to:
Comments (Atom)





