
Assalamualaikum,,
PRU 13 mencacat sejarah paling hodoh dalam sejarah politik
Malaysia.Penipuan SPR sudah dapat disaksikan dengan mata kepala rakyat,
dari sebelum hari mengundi di bawa ke hari mengundi dan dilanjutkan pula
ketika mengira undi.Sudah tidak dapat disangkalkan lagi.
Saya
menerima panggilan dari kawan yang berada di Kuantan yang mengatakan
ramai yang tidak puashati dengan cara SPR mengendalikan PRU kali ini dan
saya kira sentimen ini mungkin berlaku di seluruh negara.
Pagi
tadi pula seorang kawan memberitahu ada pihak yang mahu ke pejabat SPR
hari ini untuk mendapatkan penjelasan.Dan lewat malam semalam seorang
kawan juga menyatakan keyakinan dengan berita kebangkitan rakyat
melawan penipuan yang terlalu nyata ini.DSAI pula mengesahkan PR tidak
menerima keputusan PRU 13 yang bermakna PRU 13 masih belum
berakhir.Fokus semua rakyat sekarang ialah SPR yang menipu.
Saya
melihat satu keanehan kepada keputusan PRU 13 terutama keputusan bagi
Parlimen yang mencacatkan peningkatan kerusi PR tetapi dalam masa yang
sama PR hilang banyak kerusi yang dimenangi pada PRU 12 dulu.Keanehan
ini disokong dengan hujah bahawa kalau kerusi yang dimenangi pada PRU 12
dapat dipertahankan sudah tentu PR dapat membentuk kerajaan pusat
bukannya BN.Tetapi masih terlalu awal untuk membuat analisa mengenai
perkara ini walaupun saya terhidu peranan yang dimainkan oleh Deris
Jusoh, anak Terengganu yang cukup licik dalam melakukan perkara prkara
yang tidak disangka oleh semua.
Tetapi
fokus artikal ini ialah kepada penipuan SPR yang juga licik seperti
Deris Jusoh di mana peranannya turut ditunjangi oleh timbalan
pengerusinya yang juga anak Terengganu, satu negeri dengan saya.Rakyat
terlalu kerdil bagi SPR, rakyat boleh diperbodohkan bila bila
masa.Dakwat kekal yang dipertahankan oleh SPR cumalah permainan
memperbodohkan rakyat .Mana mungkin SPR yang tegar mengatakan ianya
kekal sedangkan rakyat yang mengalami sendiri menyaksikan ianya bukan
kekal.Mana mungkin di banyak tempat berlaku blackout ketika mengira
undi.
Yang
paling ketara ialah hadirnya warga negara asing beratur untuk
mengundi.Di mana SPR yang mendakwa mereka tidak boleh dihalang dan
dilarang mengundi kerana mereka ada IC Malaysia sedangkan semua tahu
mereka itu berasal dari Bangla, Nepal dan beberapa negara luar yang
tidak sepatutnya diberi IC dan tidak sepatutnya didaftarkan sebagai
pengundi.
Kita
tahu SPR sebagai badan bebas yang seharusnya bebas dari sebarang
tindakan berat sebelah.Tetapi SPR bertindak sebagai pengadil yang
sentiasa memihak kepada sebelah pihak dengan memastikan pihak tersebut
sentiasa menang dalam perlawanan.
Penipuan
ketara SPR kali ini sudah sampai ketahap melampau dan akibatnya rakyat
yang rugi.Rakyat tidak bebas memilih kerajaan yang dikehendaki mereka
dan rakyat juga terpaksa berdepan dengan pencerobohan asing.
Kalau
rakyat tidak memaafkan SPR, itu wajar kerana negara kita tanggungjawab
kita.Kalau rakyat ditakutkan dengan penguasaan politik sesuatu bangsa
bagaimana pula kehadiran warga asing, tidakkah rakyat bimbang mengenai
kemungkinan jangka panjang yang memungkinkan mereka menguasai persada
politik tanah air? Kalau ini berlaku yang terpaksa berdepan dengan
mereka ialah generasi anak cucu kita nanti.
Jadi SPR perlu ditanya hala tuju mereka, PRU 13 belum berakhir!
No comments:
Post a Comment